Islamic Vault

Quran

94

Ash-Sharh

سورة الشرح

The Consolation8 Verse Mekkanisch

Translated by Abdullah Muhammad Basmeih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Islamic Vault

Quran Explorer

Eine umfassende Online-Ressource zum Lesen und Studieren des Heiligen Korans mit mehreren Übersetzungen, Transliterationen und Audiorezitationen von renommierten Rezitatoren.

Dies ist das Buch, an dem kein Zweifel ist, eine Rechtleitung für die Gottesfürchtigen.

Koran 2:2

Funktionen

  • Audiorezitationen
  • Mehrere Übersetzungen
  • Transliterationen
  • 114 Suren
  • 6.236 Verse

© 2026 Islamic Vault. Alle Rechte vorbehalten.

Mit Ehrfurcht und Sorgfalt für das Buch Allahs erstellt

Entwickelt von Medita Development

Haftungsausschluss: Obwohl wir uns um Genauigkeit bemühen, überprüfen Sie bitte wichtige religiöse Informationen bei authentischen islamischen Gelehrten und Quellen. Diese Plattform dient Bildungszwecken.