İslami Hazine

Kur'an

94

Ash-Sharh

سورة الشرح

The Consolation8 ayet Mekki

Translated by Abdullah Muhammad Basmeih

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2

وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

3

الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

4

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

5

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

8

وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Islamic Vault

Quran Explorer

Ünlü okuyuculardan çoklu tercümeler, transliterasyonlar ve sesli tilavetlerle Kuran-ı Kerim'i okumak ve incelemek için kapsamlı bir çevrimiçi kaynak.

İşte bu, kendisinde şüphe olmayan kitaptır; Allah'a karşı gelmekten sakınanlar için bir yol göstericidir.

Kuran 2:2

Özellikler

  • Sesli Tilavetler
  • Çoklu Tercümeler
  • Transliterasyonlar
  • 114 Sure
  • 6.236 Ayet

© 2026 İslami Hazine. Tüm hakları saklıdır.

Allah'ın Kitabına saygı ve özenle yapılmıştır

Geliştiren Medita Development

Sorumluluk Reddi: Doğruluk için çaba göstersek de, lütfen önemli dini bilgileri güvenilir İslami alimler ve kaynaklarla doğrulayın. Bu platform eğitim amaçlıdır.